KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan dan kesihatan jemaah haji menjadi faktor utama yang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi dalam menentukan kelulusan kuota tambahan haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah dalam pertemuan rasmi baru-baru ini, bagi membincangkan pelbagai aspek pengurusan haji termasuk permohonan Malaysia untuk mendapatkan kuota tambahan jemaah.
“Saya ada sampaikan tentang hasrat kita supaya kuota tambahan diberikan kepada Malaysia. Namun, kerajaan Arab Saudi berkata mereka akan teliti faktor keselamatan dan kesihatan terlebih dahulu, sebab mereka tidak mahu jemaah terlalu ramai, ditambah pula haji dan umrah jatuh pada musim panas yang boleh meningkatkan risiko kematian,” katanya.
Mohd Na’im berkata demikian selepas pelancaran Kelas Bimbingan Fardu Ain Orang Kurang Upaya (OKU) Pekak di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menambah kuota haji, Malaysia akan diberikan keutamaan berdasarkan kecekapan dalam pengurusan haji serta disiplin tinggi yang ditunjukkan jemaah haji negara.
Sebelum ini, Mohd Na’im memaklumkan Malaysia telah menghantar permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota jemaah haji bagi musim haji 2026, berikutan keputusan negara itu untuk mengekalkan kuota haji Malaysia sebanyak 31,600 jemaah.–AlHijrah Online
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment