ISTANBUL - Palestin pada Khamis mengecam serangan Israel yang menyasarkan konvoi bantuan global ke Gaza di perairan antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Negara Palestin mengecam serangan dan pencerobohan Israel terhadap Global Sumud Flotilla (GSF) yang melanggar undang-undang dan norma antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS), prinsip kemanusiaan lain serta hak asasi manusia para peserta di atas kapal,” menurut kenyataan Kementerian Luar.
Kementerian itu menyatakan kebimbangan serius Palestin mengenai keselamatan lebih 470 peserta, sambil menegaskan Israel "bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan peserta konvoi ketika mereka menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang dikepung, kebuluran dan dibom di bawah ancaman genosid.”
Kenyataan itu mengulangi bahawa misi kemanusiaan global berkenaan merupakan inisiatif aman yang diterajui orang awam dan mempunyai hak laluan bebas di perairan antarabangsa.
"Israel tidak mempunyai sebarang kuasa atau kedaulatan ke atas perairan wilayah Palestin, yang meliputi perairan dari Semenanjung Gaza sehingga ke perairan antarabangsa,” kata kementerian itu, sambil menekankan pengisytiharan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel adalah tidak sah.
Palestin menyeru masyarakat antarabangsa agar memberikan perlindungan kepada peserta GSF yang berani.
Tentera laut Israel telah menyerang 21 kapal GSF sejak lewat Rabu dan menahan sekurang-kurangnya 317 aktivis, menurut penjejak rasmi flotila.
Aktivis yang ditahan itu dibawa ke Pelabuhan Ashdod di Israel, dari situ mereka akan diusir ke Eropah, menurut Kementerian Luar Israel.
Ini menandakan kali pertama dalam beberapa tahun puluhan kapal berlayar bersama menuju Gaza dan berjaya menghampiri wilayah itu sedekat ini, yang telah berada di bawah sekatan Israel selama kira-kira 18 tahun. - Bernama-Anadolu
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment