NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

King Sing jangan cari alasan, tuding jari kepada pihak swasta – Halim



JOHOR BAHRU – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing diingatkan supaya tidak mencari alasan atau menuding jari kepada pihak swasta bagi mempertahankan keterlanjurannya yang berlaku di bawah agensi kementerian sendiri.

Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, tanggungjawab moral dan politik tetap terletak di bahu pihak kementerian terutama apabila acara itu diiklankan, dihadiri dan dijenamakan bersama-sama Tourism Malaysia.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau menegaskan, dalam konteks pentadbiran kerajaan yang ditunjangi majoriti pemimpin Islam, prinsip dan etika Islam mesti menjadi garis panduan utama dalam sebarang tindakan, dasar dan majlis rasmi kerajaan.

“Tidak wajar ada majlis di bawah naungan kementerian kerajaan yang membenarkan hidangan arak, walau atas alasan program antarabangsa atau inisiatif swasta.

“Sudah tiba masanya semua pihak sedar, kemajuan dan kemodenan bukan alasan untuk menukar nilai agama dengan budaya hedonisme,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Dewan Negara itu berkata, Malaysia boleh menjadi negara pelancongan kelas dunia tanpa perlu mengorbankan prinsip Islam dan maruah bangsa sendiri.

Tegasnya, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan bukan sekadar slogan, tetapi asas kepada akhlak dan jati diri negara.

“UMNO Johor menyeru agar kerajaan segera menetapkan garis panduan rasmi dan pekeliling jelas supaya perkara sebegini tidak berulang lagi di mana-mana majlis kerajaan atau agensinya.

“Beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden arak dihidangkan dalam acara kerajaan yang turut dihadiri beliau sendiri,” ujarnya.

UMNO Johor katanya, memandang serius isu tersebut yang bukan soal kecil atau isu pinggiran, tetapi menyentuh maruah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sensitiviti majoriti umat Islam di negara ini.

“Bagi UMNO Johor, tidak ada ruang untuk sebarang bentuk kompromi apabila melibatkan perkara yang jelas haram di sisi Islam, apatah lagi apabila ia berlaku dalam acara rasmi yang dikaitkan dengan agensi kerajaan.

“UMNO Johor menolak sekeras-kerasnya budaya menjadikan arak sebagai sebahagian daripada hidangan atau simbol pergaulan antarabangsa kerana langsung tidak mencerminkan nilai dan identiti negara yang berteraskan Islam,” katanya.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo