NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kalau suka menari, baik jadi penari” — Pembangkang sindir Anwar selepas video bersama Trump tular

KUALA LUMPUR, 29 Okt 2025Pembangkang hari ini menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya “menukar kerjaya menjadi penari” selepas video beliau menari bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika majlis rasmi minggu lalu menjadi tular di media sosial.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya tidak cemburu dengan aksi itu, namun menegaskan ia melibatkan maruah dan imej negara ketika acara rasmi di hadapan pemimpin dunia.

“Kami tak cemburu pun tengok dia menari. Tapi dalam majlis rasmi, di hadapan pemimpin dunia, Perdana Menteri bangun menari — ini bukan soal suka atau tidak suka, ini soal imej negara,” katanya di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia–Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan minggu lalu.

Hamzah secara berseloroh menambah, jika minat Anwar lebih kepada menari, beliau mungkin sesuai menyertai pertandingan tarian antarabangsa mewakili Malaysia.

“Kalau rasa nak menari saja, tukarlah profesion. Malaysia mungkin perlukan penari yang bagus,” katanya.

Namun, beliau menegaskan isu sebenar bukanlah soal peribadi Anwar, sebaliknya kandungan perjanjian perdagangan yang dikhuatiri menjejaskan kedaulatan ekonomi negara.

Hamzah memberi contoh Perkara 3.3 dalam perjanjian itu, yang didakwa mewajibkan Malaysia berunding dengan Washington sebelum menandatangani sebarang perjanjian perdagangan digital dengan negara lain.

“Kita bukan persoalkan dia menari atau tidak, tapi isi perjanjian yang boleh jejaskan maruah dan ekonomi negara,” katanya.

Video Anwar dan Trump itu kini mencecah lebih 21.5 juta tontonan di media sosial, dengan netizen terbahagi antara yang memuji sikap santai beliau dan yang menganggap ia mencalarkan imej seorang Perdana Menteri.

1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo