KUALA LUMPUR – Kedudukan Barisan Nasional (BN) tidak akan goyah sekiranya MIC nekad untuk tidak lagi menjadi salah satu komponen parti itu.
Penganalisis politik, Prof Kartini Aboo Talib berkata, BN tidak pernah menghalang untuk mana-mana parti di bawahnya membawa haluan sendiri.
Namun beliau tidak dinafikan sokongan komuniti India melalui MIC masih relevan dalam gabungan strategik dan perkongsian kuasa.
“BN tidak pernah menghalang hasrat mana-mana parti dalam gabungan jika ingin mencari hala tuju baharu.
“Cuma jika MIC keluar dari BN, ia menempa sejarah besar pada parti perikatan yang terbentuk sejak 1955,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan, tindak tanduk MIC membuktikan bahawa parti itu sebenarnya sedang cuba untuk menguatkan kedudukannya.
“MIC sebenarnya sedang mencari misi pengukuhan parti ini sebagai mewakili komuniti bangsa India,” katanya lagi.
Hari ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin mendedahkan MIC bakal keluar daripada BN dan mengambil langkah tersebut pada November depan.
Menurut Tajuddin, perkara berkenaan diakui sendiri oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.
Ditanya mengenai potensi MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), Kartini berkata, ia akan menjadikan MIC sebagai nilai tambah terhadap perikatan berkenaan khususnya dalam menambah jumlah undi kaum India.
“Kalau MIC menyertai PN, peratus undi komuniti India kecil, tetapi oleh kerana sistem majoriti mudah dengan situasi itu maka undi kaum India boleh dilihat sebagai penentu menang atau kalah ketika pilihan raya,” ujarnya.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment