NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Namakan siapa PM ke-11 bukan keutamaan sekarang – Annuar




KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berpandangan menamakan cadangan siapa perdana menteri seterusnya bukan keutamaan buat masa ini.

Sebaliknya, kata beliau, parti politik perlu menumpukan kepada usaha pemerkasaan parti masing-masing, selain membina rangkaian muafakat yang benar-benar berwibawa dan mempunyai kekuatan.

Jelas beliau, realiti politik masa kini adalah tiada satu pun parti yang mempunyai kekuatan untuk bergerak solo dan bersendirian, sebaliknya semua parti politik memerlukan muafakat.

“Justeru tinggalkan dulu agenda mencadangkan siapa bakal PM.

“Berikan tugas itu kepada badan gabungan dan muafakat, bila tiba masanya, dan tidak harus di buat secara unilateral. Harus ada syura rentas parti,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2025 sebulat suara bersetuju mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke-11 dari parti itu.

Sementara itu, Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata, semua pihak perlu sedar kuasa melantik Perdana Menteri terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat, justeru kuasa itu tidak seharusnya didahului.

“Rakyat mendambakan satu sosok yang berupaya membawa harapan baru dan pimpinan yang segar, setelah sekian lama tertipu dan terpedaya dengan retorik pemimpin. Rakyat bosan dan jemu,” ujarnya.

Sehubungan itu, tambah beliau, penting untuk sesebuah parti menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar dan memulihkan kepercayaan rakyat.

Katanya, parti politik juga perlu mempersiapkan saf pimpinan dengan barisan pelapis yang berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baharu.

“Pilih jalan yang damai. Bangunkan negara penuh berkebajikan untuk rakyat. Jauhi kleptokrat dan pimpinan tidak berintegriti.P

“Pimpinan yang bersih, baik, beriman, bertakwa, serta berkeupayaan akan membawa rahmat dan keberkatan.

“Usah ditumpu pada dendam kesumat, tapi tumpu pada khidmat dan membela rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo