NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lepas insiden Jalur Gemilang terbalik, kini bendera terlebih jalur



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menegur Jabatan Wilayah Persekutuan agar lebih berhati-hati dalam memaparkan Jalur Gemilang ketika majlis rasmi kerajaan.

Beliau merujuk kepada gambar yang dimuat naik jabatan itu di laman Facebook semasa Perhimpunan Pagi Mingguan yang berlangsung pagi tadi yang dipaparkan dengan jalur terlebih.

Dalam gambar berkenaan, paparan Jalur Gemilang di skrin belakang kelihatan mempunyai jalur tambahan.

“Jabatan kerajaan khususnya wajib berhati-hati memaparkan Jalur Gemilang dalam majlis rasmi kerajaan sendiri agar tidak terlebih jalur seperti di dalam gambar ini. Sekadar teguran sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Teguran itu dibuat selepas Jabatan Wilayah Persekutuan berkongsi aktiviti perhimpunan mingguan melibatkan agensi-agensi di bawahnya yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan ikrar Rukun Negara.

Hantaran jabatan itu memaparkan beberapa gambar, termasuk barisan pegawai dan kakitangan yang hadir bersama-sama melaungkan ikrar, dengan latar belakang paparan besar Jalur Gemilang serta teks Rukun Negara.

Isu bendera Malaysia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila terdapat paparan atau cetakan tidak mengikut reka bentuk asal yang sepatutnya terdiri daripada 14 jalur merah putih berselang-seli, melambangkan 13 negeri dan kerajaan Persekutuan.

Jalur Gemilang wajib mempunyai 14 bucu bintang pecah di atas latar biru tua, melambangkan perpaduan negara, serta anak bulan yang membawa maksud agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Sebelum ini, banyak insiden Jalur Gemilang terbalik dan tidak tepat sering berlaku sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat dan ahli politik. 

Antaranya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab, termasuk di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Port Dickson.




Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kecuaian tidak boleh dimaafkan, dan meminta Kementerian Pendidikan menyiasat, terutamanya jika dilakukan oleh individu berstatus OKU. 

Bagaimanapun, melalui penelitian MalaysiaGazettegambar yang dipaparkan oleh Fadhli telah dipadamkan Jabatan Wilayah Persekutuan pada jam 7,43 petang tadi. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo