NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA Pulangkan Paku Buah Keras Terhadap Kor Ming Isu MyKiosk


KUALA LUMPUR, 6 Sept 2025 – MCA membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berhubung isu pelaksanaan Program MyKiosk, dengan menegaskan bahawa projek bernilai ratusan juta ringgit itu wajar diperbetulkan demi kepentingan awam.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Choo Seong, berkata tindakan Nga yang menyifatkan MCA sebagai “gunting dalam lipatan” tidak mencerminkan sikap seorang pemimpin kerajaan yang seharusnya terbuka menerima teguran.

“Kor Ming sepatutnya mengakui kelemahan yang ada serta membuat pembetulan sekiranya berlaku kesalahan atau kelemahan sepanjang menguruskan pentadbiran. MCA mengeluarkan kenyataan berfakta, konsisten, dan demi mempertahankan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas isu MyKiosk, Choo menegaskan bahawa MCA tidak pernah menuduh mana-mana pihak, sebaliknya hanya membangkitkan persoalan kerana terdapat banyak gerai kosong dan terletak di lokasi yang dianggap tidak sesuai.

“Malah hingga kini, masih jelas kelihatan banyak gerai MyKiosk kosong dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Projek sebesar ini membabitkan ratusan juta ringgit duit rakyat, maka ia perlu dilaksanakan secara telus dan berkesan,” ujarnya.

Beliau turut menasihati Ahli Parlimen Teluk Intan itu agar tidak cepat melenting dengan kritikan, sebaliknya mengambil pendekatan memperbaiki kelemahan sedia ada demi memastikan kepentingan rakyat terjamin.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo