NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Persoal Ahli Politik Terbabit Kes Rasuah Masih Dalam Lembaga Pengarah HDC

KUALA LUMPUR, 7 Sept 2025 – PAS mempersoalkan tindakan kerajaan mengekalkan lantikan seorang ahli politik yang pernah mengaku bersalah atas pertuduhan pemalsuan dokumen, sebagai ahli Lembaga Pengarah Halal Development Corporation (HDC), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, merujuk kepada kes melibatkan Azhari, yang pada tahun 2023 telah dituduh atas enam pertuduhan, termasuk tiga di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyalahgunakan dana berjumlah RM440,000 untuk anak yatim serta program korban Aidiladha.

Azhari turut berdepan tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan minit mesyuarat agung tahunan palsu sebagai dokumen tulen.

Menurut Laporan Tahunan SPRM 2023, Azhari mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda RM1,900. Selain itu, sejumlah RM220,000 dilucut hak kepada kerajaan.

“Kerajaan tidak serius banteras rasuah”

Mengulas perkara itu, Fadhli menegaskan bahawa tindakan kerajaan mengekalkan Azhari dalam jawatan di HDC mencerminkan kelemahan dalam komitmen membanteras rasuah.

“Soalan saya ialah mengapa kerajaan masih kekalkan lantikan ahli Lembaga Pengarah HDC, sedangkan sudah terang dia mengaku bersalah terhadap sekurang-kurangnya satu pertuduhan rasuah?

“Sebab itu, jika ada yang berkata kerajaan ini serius membanteras rasuah, kejutkanlah dia. Sesungguhnya dia sedang bermimpi,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo