NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil berkongsi pengalaman bina rumah sendiri

Perkongsian pengalaman bina rumah sendiri.. Part 1: Preliminary dan setting out.
1. Lukis pelan rumah. Ini kena ambil masa lama sikit dan fikir betul-betul. Bincang dengan orang rumah. Jangan rushing part ini.
2. Buat soil investigation (jika boleh dengan bore hole untuk rumah dua tingkat ke atas, paling kurang pakai JKR probe atau MacKintosh).
3. Minta jurutera struktur buat design struktur. Ini penting, jangan main bantai ikut tukang “oversea” saja terutama jika rumah anda dua tingkat ke atas.
4. Siapkan lukisan arkitek dan lukisan struktur dan hantar untuk kelulusan PBT. Dapatkan kelulusan dan permit.
5. Masuk bekalan air sementara (kritikal), dan toilet sementara (kritikal), dan elektrik sementara (penting). Jika ada surau lagi bagus. Jika ada jiran baik hati boleh mohon bantuan mereka, tapi kalau boleh sambung sendiri sebab air, elektrik dan toilet ini memang guna lama dan banyak semasa pembinaan dan peralatan pembinaan akan selalu tripkan rumah orang jika kita sambung dari rumah dia.
6. Bina hoarding.
7. Setting out dan pegging sebelum mula korek tanah atau piling.
17 tahun lepas semasa saya bina rumah untuk ibu saya, saya buat item 1-4 dan 7 sahaja untuk preliminary. Itu kawasan kampung oleh itu saya tak buat hoarding. Air, elektrik dan toilet saya pinjam jiran sebelah. Terima kasih jiran.
Masa itu soil investigation saya buat pakai JKR probe (McKintosh) saja untuk jimat kos. Ia boleh pakai, cuma jika mahu optimum structure design saya recommend guna bore hole untuk buat soil investigation jika rumah anda dua tingkat ke atas sebab ia lebih tepat untuk membolehkan jurutera struktur design asas rumah anda dengan lebih baik. Jika bacaan tanah tidak tepat, rumah inshaAllah akan selamat cuma jurutera mungkin akan overdesign asas tapak itu dan tapak rumah anda boleh jadi terlebih besar atau terlebih dalam (kos lebih tinggi), oleh itu saya cadang belanja lebih sikit untuk buat bore hole soil
investigation untuk jimat atau optimum pada design asas tapak. Tapi jika rumah anda satu tingkat atau dua tingkat yang tidak besar sangat mungkin tidak perlu. Partner syarikat saya adalah jurutera struktur, boleh tanya dia untuk maklumat lanjut berkenaan design struktur. Kawan lama saya ada firma kejuruteraan awam, dia tolong saya untuk design struktur rumah ini. Pasal elektrik atau teknik binaan, boleh tanya saya.
Air dan toilet itu penting di tapak tidak kira projek kecil atau besar. Air untuk bancuh simen dan sebagainya, dan kalau takda toilet akan banyak masa terbuang dan mendatangkan masalah kebersihan.
Masa dulu-dulu saya buat pegging dan setting out bina rumah ibu saya pakai benang, kayu kocai dan tiub air saja (masa saya bina bangunan pencawang industri dulu perkakas binaan sudah canggih tapi itu kontraktor punya saya tiada simpan). Sekarang untuk pegging dan setting out saya minta tolong kawan-kawan saya untuk guna GNSS survey equipment saja untuk pegging dan set level TBM, theodolite atau total station pun saya sudah tidak pakai.
Cuma ada satu alat penting kena ada dari awal sampai akhir iaitu professional rotary laser level (bukan laser kecil yang orang pakai pasang tile itu). Ini saya pakai dari awal setting pile dan pile cap level, ke setting gradient sewerage line, setting slab level, sampailah ke setting level tangga dan bumbung. Jika tiada alat ini sama ada anda kena panggil surveyor selalu (kos tinggi), atau pakai timbang air tiub (tidak tepat dan banyak buang masa), atau level slab anda lari (isu besar). Nanti saya ulas pasal alat ini dalam part yang seterusnya.
Site rumah saya ini requirement nya tinggi sikit berbanding dengan site lain sebab lokasinya di Putrajaya dan requirement PBT adalah ketat memandangkan ia dekat dengan rumah Perdana Menteri. Saya terpaksa comply dan pihak berkuasa selalu datang buat pemeriksaan. Nasib baik saya ada syarikat dan lesen pembinaan sendiri oleh itu saya boleh buat sendiri semua dengan pekerja saya dan kawal kos dan jadual. Dan nasib baik saya mula buat projek ini sebelum harga barang semua naik mendadak baru-baru ini. Kalau baru nak mula buat sekarang tak tahulah berapa kosnya.
p/s: Video di bawah adalah diambil lebih setahun yang lepas semasa saya mula buat rumah saya ini. Sekarang rumah ini sudah nak siap tunggu pasang pintu dan tingkap saja. Nanti saya kongsi gambar-gambar dan pengalaman terkini inshaAllah.

Sumber : FB Isham Jalil

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK made Buddhism and the Sangha a disgrace to the world. He and his team expelled Buddhist monks from the Buddhist Temple, Kepong, and he used the police and thugs to descend on Buddhist land or into Buddhist temples to chase the Bhikkhus out of the Temple.

    Why can he do that? Because he has very little knowledge of Buddhism, he only needs to gain something in Buddhism in his lifetime; he does not care what is wrong or right, because he comes from a political and business background only.

    His family is also funny because they do evil to the people of Kepong, now his son (LAWRENCE YIP JIUN HANN) has many wives and Playboys everywhere because his father has a lot of money, buildings, houses, etc.

    Please share and spread to everyone to protect our Chinese community in Malaysia.

    äøåÆ é‡‘ē…, ä¼šå‹čŖ, ęŽęŖčŠ³ in Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete
  2. Kini masyarakat Buddha dan masyarakat Cina di Malaysia marah kepada DATUK YIP KUM FOOK kerana memusnahkan dan merosakkan kuil Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan beliau juga merupakan ahli jawatankuasa yang ditolak daripada persatuan Buddha Samnak Sambodhi; siapa jadi ahli, dia pun tolak sebab dia rasa ini milik dia seorang

    Mungkin dia rasa semua orang tak boleh buat dia macam ni sebab anak dia Lawrence Yip Jiun Hann seorang peguam di Malaysia (lulus sekolah undang-undang di Australia), ini anak dia yang Playboy kat mana-mana, dah kahwin dengan perempuan Cina Indonesia dan ada dua orang anak.

    Orang Cina sangat pantang, yang memusnahkan Kaabah. Kini, orang Cina berkongsi dan menyiarkan maklumat kepada semua orang di Taman Desa Jaya, Kepong, di Pasar, kedai kopi, dan di mana-mana, mereka bercakap dan bergosip tentang Datuk Yip Kum Fook. Sesiapa sahaja boleh membuka internet dan menyelidik Datuk Yip Kum Fook; nama dia ad asana

    Kita harap mana-mana badan kerajaan dan turun tengok Taman Desa Jaya, Kepong..dan semak Taman Desa Jaya dan semak Datuk Yip Kum Fook, atau buat kajian di internet orang mengadu tentang DATUK YIP KUM FOOK (bekas Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong dan Gombak)

    CHUA SENG LAY, Taman Desa Jaya…..Kepong

    ReplyDelete
  3. Buddhists need Malaysia to be careful of Datuk Yip Kum fook (former MCA) because he can deceive and destroy someone, and he is destroying the Buddhist Temple in Taman Desa Jaya, Kepong. Now the Temple (Taman Desa Jaya) is damaged and falling apart because no one goes there

    He tried to convert the Theravada temple to the Mahayana temple, but many committees and members rejected what he proposed, which he considered a very bad idea; he would suffer forever in his life, and he thought it was all stupid; this made Buddhism ruined and shameful

    Now, many people know, and people have shared, many are gossiping about it too...please share with everyone to protect Buddhism in Malaysia and abroad.

    By ms lee chai leng and friends, Taman Desa, Jaya, Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo