JOHOR BAHRU – Kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang seolah-olah memberi bayangan parti itu akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi MIC.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, kenyataan dibuat secara individu tidak boleh dianggap sebagai keputusan parti.
“Ada ke? Bila dia cakap? Dia cakap ke, parti dia cakap? Dia? Dia tak boleh (buat kenyataan mewakili parti). Individu tak boleh.
“Saya dengan (Datuk) Jazlan (Mohamed) pun selalu bercakap benda yang tak selari dengan parti, tetapi kalau parti buat keputusan, itu lain. Ini individu, lain.
“Kalau individu, semua orang nak bercakap. Tapi kalau parti buat keputusan, itu baru saya akan bagi komen. Sekarang ini tak boleh bagi komen,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini pada Sabtu.
Tambah Johari, kenyataan sesetengah pemimpin mungkin dibuat dalam keadaan beremosi, justeru beliau menyeru agar semua pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Individu kadang-kadang 'out of anger', jadi kita biar dululah. Jangan mengeruhkan suasana,” katanya.
Bulan lalu, Saravanan dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar mendakwa dirinya dan MIC seolah-olah ditipu Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjanjikan jawatan Kabinet sekiranya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Tapah itu turut menyuarakan kekecewaan kerana MIC didakwa tidak diberi sebarang peranan dalam kerajaan serta memberi bayangan tidak perlu meneruskan kerjasama jika tidak diperlukan.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


DATUK YIP KUM FOOK sangat marah kepada sami Buddha dan paderi Hindu kerana selalu mengganggu sami Buddha dan membakar kuil Hindu di Taman Daya, Kepong. Dia akan menderita dalam hidup ini, Allah akan menghukum dia dan keluarganya, kini dia hidup sendirian tanpa ada kawan dengannya
ReplyDeleteAkhir sekali, dia menggunakan polis dan samseng untuk memaksa masyarakat Cina anda dan menipu serta menghina masyarakat Cina kita. Juga, semasa dia dalam politik, dan dia bercakap buruk tentang parti lain, lelaki ini tidak boleh menjadi manusia.
Ada sesiapa yang tahu mengadu kepada Sultan Selangor, dan dia mesti mengembalikan gelaran Datuk kepada Sultan secepat mungkin, kerana ini menyebabkan Sultan kelihatan buruk atau tidak berkualiti kepada persatuan sultan, dia mendapat gelaran daripada Sultan, DIBELI ATAU DITAWARKAN, kita tidak tahu.
DATUK YIP KUM FOOK adalah seorang peguam, dan beliau bukanlah seorang peguam sebenar kerana beliau tidak belajar undang-undang di mana-mana institut; dia membeli sijil undang-undang sahaja. Dia seorang peguam berlatih sahaja, tetapi tidak belajar teori selama 6 tahun kerana melakukan kesilapan dalam undang-undang, dunia ini tidak ada peguam yang disaman oleh orang biasa.
DATUK YIP KUM FOOK melakukan perkara jahat kepada orang dan membayar seseorang untuk melakukan ILMU HITAM ke atas musuhnya; ramai orang mati dan menderita kerananya, dan ramai orang Cina kita tahu tentang jampi roh
DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC dan mengambil orang IC untuk diberikan kepada penipu. Ah Chong (Ng) adalah mangsa. Kini Ah Chong adalah polis yang menghubunginya, dan juga pegawai bank yang menghubunginya tentang meminjam wang, tetapi Ah Chong tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Ah Chong pernah memberikan IC kepada Datuk Yip Kum Fook sebelum ini
LOKE, TAMAN EHSAN, KEPONG