Ketua Bahagian Rais Yasin berkata Umno dilihat berpeluang cerah untuk merampas kerusi berkenaan yang kini disandang wakil rakyat Perikatan Nasional, mengambil kira sejarah dan komposisi pengundi.
“Kami merayu, bawalah suara kami agar kerusi Parlimen Tangga Batu kembali kepada Umno. Permintaan ini relevan berdasarkan demografi pengundi Parlimen Tangga Batu yang terdiri daripada 85,000 pengundi Melayu daripada keseluruhan 120,000 pemilih berdaftar.
“Lebih unik, kami ada hampir 10,000 pengundi tentera kerana kawasan ini menempatkan beberapa kem utama iaitu Kem Terendak, Kem Para dan Kem Sungai Udang.
“Jadi, kami berharap pucuk kepimpinan Umno dan Barisan Nasional dapat melihat perkara itu dan meluluskan permintaan kami ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat perwakilan Umno Tangga Batu oleh Naib Presiden Johari Abdul Ghani di Dewan Kompleks Penjara Sungai Udang, yang turut dihadiri Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.
Pada PRU15, BN menerusi calonnya Lim Ban Hong daripada MCA tewas dalam saingan lima penjuru.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment