NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno mula kajian, fokus tawan semula kerusi dimenangi Bersatu, PAS



PETALING JAYA:
 Barisan Nasional (BN) berhasrat merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang kini dikuasai Bersatu dan PAS pada PRU akan datang.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, pelbagai kajian dan tinjauan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti kerusi-kerusi berpotensi yang boleh dimenangi semula oleh BN, khususnya Umno.

“Kita akan berusaha bersungguh-sungguh … kerusi itu akan kembali kepada calon Umno pada PRU akan datang,” kata presiden Umno itu.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Umno Sri Gading di Batu Pahat, yang turut dihadiri Ketua Umno Johor, Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Umno Sri Gading Mohd Lassim Burhan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, Zahid mengingatkan ahli parti agar tidak terpengaruh dengan naratif ‘UMDAP’ yang dimainkan pembangkang.

Kerjasama politik yang terbentuk kini adalah antara BN dan Pakatan Harapan (PH), jelasnya.

“Yang berkawan ialah BN dan PH. Dalam BN, ada MCA dan MIC, dalam PH ada DAP, PKR dan Amanah,” katanya.

“Jadi, jangan terpedaya dengan propaganda pembangkang yang mahu memecahkan BN dan PH supaya mereka boleh ‘tebuk atap’ semula.”

Beliau berkata, kerjasama politik yang terjalin ketika ini ialah realiti yang perlu difahami semua ahli agsr kestabilan kerajaan terjamin dan Umno dapat kembali menjadi parti dominan.

“Kalau kita mahu menang, tunjukkan kesungguhan. Kita dalam kerajaan, maka kita perlu kerja bersungguh-sungguh,” katanya.

“Jangan mahu menang tapi kita tidur, bergaduh sesama sendiri, tikam belakang atau berdiam diri apabila diasak lawan.”


Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo