NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU16 penentu sama ada Umno ‘ditelan’ zaman



PETALING JAYA:
 Pilihan raya akan datang bakal menentukan sama ada Umno berubah mengikut peredaran zaman, seiring pemikiran generasi muda.

Naib Presiden Johari Abdul Ghani menyeru Umno agar beri tumpuan pada pemikiran generasi muda yang kini membentuk hampir 40% pengundi dalam strategi menghadapi PRU16.

Tegasnya, Umno tidak boleh hanya mengharapkan rekod membangunkan negara untuk menyakinkan generasi muda, yang menekankan soal integriti dan kredibiliti pemimpin, serta menilai komitmen mereka pada pelbagai isu masa depan, termasuk alam sekitar.

“Generasi muda hari ini tidak lagi hanya melihat kepada sejarah lampau dan kejayaan parti,” katanya lapor Harian Metro, selepas merasmikan mesyuarat Umno Parit Sulong di Batu Pahat, Johor.

Perkembangan ini lantaran perubahan besar dalam cara generasi muda berfikir, dicetuskan oleh sistem pendidikan yang dibina dalam enam dekad Umno mentadbir negara.

Johari menyeru sayap-sayap Umno untuk menjadi jambatan antara generasi dengan berkesan.

“Suara golongan muda perlu diberi ruang supaya dapat menjadi sumber input penting kepada barisan kepimpinan parti,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo