KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam nada penuh sindiran meraikan potensi pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM8.13 bilion hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali.
Melabelkan Anwar sebagai `Bapa FDI’, Dr. Mahathir berkata, berbilion-bilion lagi akan dibawa pulang susulan lawatan kerja Anwar ke Perancis dan Brazil selepas ini.
Secara keseluruhan, katanya, sebanyak RM680 bilion FDI sudah berjaya dibawa pulang oleh Anwar hasil lawatan kerja ke luar negara.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir secara sinikal berkata, rakyat tidak dapat melihat FDI yang dibawa pulang itu memandangkan `kilang-kilangnya ghaib’.
“Sementara itu, Mahakaya perlu membayar cukai, bukan Mahamiskin. Namun, secara tidak langsung, yang miskin juga menderita.
“Kita mahukan lebih banyak lawatan ke luar negara supaya lebih banyak FDI ghaib akan masuk ke negara ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan berjumlah RM8.13 bilion dalam beberapa sektor termasuk petrokimia, jentera dan peralatan melalui mesyuarat dua hala yang diadakan antara Malaysia dan Itali, sempena kunjungan Anwar ke republik itu.
Perdana Menteri berkata, potensi pelaburan itu turut berjaya diraih melalui sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas.
Anwar kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil sejak 1 Julai lalu. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment