KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Mohd Azam Ahmad sebagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu berkuat kuasa Isnin depan.
Shamsul Azri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mohd Azam memiliki latar belakang akademik yang mantap dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana dalam Linguistik Wacana serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, Mohd Azam memulakan khidmat dalam Perkhidmatan Awam pada 1 Mac 1989 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan sebelum pelantikan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme).
“Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan serta kompetensi tinggi yang dimiliki, saya yakin beliau mampu memperkasa sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang.
“Pelantikan ini juga selari dengan hasrat untuk memartabatkan pendidikan berlandaskan nilai-nilai MADANI, demi kemajuan negara dan kemenjadian anak-anak Malaysia,” katanya.
Mohd Azam menggantikan Datuk Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang akan bersara wajib bermula esok, selepas 35 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment