NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelab Media Putrajaya kecewa jemputan KKM tak termasuk sesi sidang media



KUALA LUMPUR – Kelab Media Putrajaya (KMP) kecewa terhadap tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang meletakkan catatan dalam jemputan media bertarikh 4 Julai 2025 bagi program Majlis Perasmian Ekspo Makanan Selamat (eMAS) sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025.

“Catatan tersebut memaklumkan bahawa agenda acara tidak termasuk sesi sidang media atau temuramah (jolok).

“KMP memandang serius tindakan ini yang disifatkan sebagai satu langkah mundur dalam usaha menjamin kebebasan media dan keterbukaan penyampaian maklumat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut KMP, tindakan menyekat ruang wartawan untuk mendapatkan penjelasan atau soalan susulan bukan sahaja menyulitkan kerja liputan malah dilihat sebagai cubaan menutup ruang akauntabiliti pihak KKM kepada rakyat.

KMP ingin menegaskan langkah sebegini tidak pernah diamalkan sebelum ini dan tindakan tersebut wajar dilihat sebagai satu bentuk sekatan tidak langsung kepada media.

“Dalam keadaan rakyat memerlukan maklumat yang telus dan tepat terutama berkaitan dasar dan isu kesihatan awam, pendekatan ini amat mengecewakan dan tidak mencerminkan semangat keterbukaan yang sepatutnya dipraktikkan oleh sebuah kementerian yang berkhidmat untuk rakyat,” ujarnya.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada jemputan baharu tanpa sekatan dikeluarkan
KKM.

Justeru KMP menuntut penjelasan lanjut dan terperinci mengenai isu berkenaan. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo