BESUT: Pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS) setakat ini tidak memberi kesan ketara kepada pelaburan di Terengganu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut beliau, kebanyakan pelabur di Terengganu tidak terlibat secara langsung dengan pasaran AS atau aktiviti eksport ke negara itu.
“Perkara ini masih terlalu awal untuk dinilai kerana sektor pelaburan di Terengganu yang mempunyai kaitan langsung dengan AS sangat minima,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan ke tapak pembangunan berorientasikan transit (TOD) ECRL di Stesen ECRL, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, serta pegawai kerajaan negeri.
Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, pihak industri terlibat sentiasa memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelangsungan operasi mereka.
“Saya percaya semua pihak yang terlibat telah mengambil langkah yang sepatutnya apa yang perlu dibuat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.
Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan terhadap Malaysia bermula 1 Ogos ini.
Trump berkata, langkah itu perlu diambil untuk ‘melindungi industri tempatan Amerika Syarikat’ daripada apa yang beliau sifatkan sebagai amalan perdagangan tidak adil oleh beberapa negara. – HARAKAHDAILY 10/7/2025
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment