NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OPR turun petanda ekonomi sedang perlahan



KALABAKAN: Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas, daripada 3 peratus kepada 2.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini bukanlah isyarat kekuatan ekonomi negara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah berkata, sebaliknya menurut beliau ia menandakan kelembapan yang semakin ketara dalam peredaran tunai dan kegiatan ekonomi rakyat.

“OPR turun bukan tanda ekonomi kita kuat, tapi sebenarnya makin lemah,” jelasnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya yang mengulas isu tersebut, menyentuh kesan langsung kepada kehidupan rakyat serta langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

Beliau menerangkan bahawa OPR, atau kadar faedah asas, apabila diturunkan, akan menjadikan kos pinjaman lebih murah yang mungkin tampak positif pada pandangan awal.

Namun begitu, jelasnya langkah tersebut sebenarnya diambil sebagai reaksi terhadap kemerosotan aktiviti ekonomi.

“Sekali baca macam berita baik. Tapi kalau kita faham betul-betul, bila Bank Negara turunkan OPR, itu petanda ekonomi sedang perlahan. Maksudnya tidak banyak duit berputar, orang tidak banyak belanja, bisnes pun banyak yang ‘slow’,” katanya.

Tambahnya, penurunan OPR bertujuan mendorong lebih ramai mengambil pinjaman dan berbelanja untuk memulihkan ekonomi.

Namun begitu, ujarnya dalam suasana semasa yang tidak stabil, kebanyakan rakyat masih berhati-hati dan kurang yakin untuk menambah komitmen kewangan.
.
“Kalau ada pinjaman sedia ada, bagus semak balik. Mana tahu boleh runding kadar faedah untuk turunkan sikit. Kalau ada lebihan bajet, baik guna untuk selesaikan hutang. Jangan pula tambah hutang,” nasihat beliau.
.
Ahmad turut memberi peringatan Kepada para peniaga supaya tidak tersilap membaca isyarat penurunan OPR sebagai peluang untuk memperluas operasi secara besar-besaran tanpa pertimbangan yang wajar.

“OPR turun ni tandanya ekonomi lemah, permintaan turun, jadi kita kena lebih fokus pada pengurusan kos, jaga pelanggan, dan cari cara bertahan,” ujar beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan.

Beliau turut menekankan sekiranya kelembapan ekonomi berterusan tanpa penambahbaikan dasar dan tindakan kerajaan, ia berisiko menjerumuskan negara ke arah kemelesetan lebih serius.

“OPR turun bukan sebab ekonomi kita hebat, tapi sebab makin perlahan. Kalau ianya berterusan akan jadi tenat juga akhirnya,” kata bekas pegawai sebuah bank tempatan itu.

Justeru, ujarnya PAS Sabah menyeru rakyat agar peka dan bijak urus kewangan di samping cakna terhadap perkembangan ekonomi negara, dan tidak mudah terpedaya dengan gambaran indah yang tidak mencerminkan realiti sebenar.

“Kita harap rakyat Sabah khususnya dapat bertahan dalam fasa sukar ini. PAS Sabah akan terus memperjuangkan dasar yang mendukung keadilan ekonomi, kebajikan rakyat dan memperkukuh kekuatan asas negara,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 10/7/2025






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Interesting analysis A drop in OPR definitely points to shifting economic trends. It's fascinating how these changes can also indirectly influence global movements, including Canada Immigration Updates, as economic conditions often impact migration patterns and decisions. Looking forward to more insightful posts like this

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo