NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rampas negeri PN: Reaksi Sanusi balas Ahmad Maslan




SUNGAI PETANI: Politik berada di tangan orang ramai, bukan tangan mana-mana individu, dan orang ramai jugalah akan membuat penilaian terhadap prestasi parti yang membentuk kerajaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rakyat menilai prestasi parti yang membentuk kerajaan dan membuat pendirian mereka apabila tiba masa sesuai.

Beliau menjawab kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkan kedudukan kerajaan negeri diterajui Perikatan Nasional (PN) di Perlis, Kedah dan Terengganu tidak stabil.

Ahmad mendakwa, kononnya dengan situasi sedemikian akan membuka peluang kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) merampasnya semula pada pilihan raya akan datang.

“Mereka boleh buat apa jua jangkaan atau dakwaan tetapi kena berpijak pada realiti. Kalau (Ahmad Maslan) mai (datang) sini dan tinggal lama di Kedah, dia pun rasanya tak berani buat dakwaan begitu,” tegasnya.

Sanusi ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menolak spekulasi kononnya, PAS kini sedang merangka perancangan baharu, berikutan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, akan melepaskan jawatan presiden parti itu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat nanti.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, selaku juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu, beliau tidak dapat menjawab atau bercakap kepada perkara yang tidak berlaku.

“Ramai orang nak perkara itu jadi, tapi bukanlah orang dalam PAS. Pasai apa? (Musuh PAS) Gerun kut, tu yang mula buat pelbagai andaian. Kita kekal macam biasa saja.

“Tak ada apa-apa. Andaian tu semua kerja musuh PAS sahaja,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 10/7/2025







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo