KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menyifatkan permulaan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula hari ini, sebagai hari kelam untuk golongan wanita.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata, bagi sesetengah pihak, cukai SST itu mungkin sekadar dasar fiskal yang diumumkan oleh kerajaan.
Tetapi ujarnya, bagi para wanita yang mengurus dapur, mengira baki di dalam dompet dan menampung keperluan keluarga, ia adalah kenyataan hidup yang mendesak.
“Kami mewakili suara para ibu yang bangun seawal Subuh, menyediakan sarapan sambil memikirkan cukupkah belanja anak ke sekolah minggu ini.
“Kami adalah para isteri yang menjadi tulang belakang perniagaan kecil suami — berniaga nasi lemak di tepi jalan, menjahit baju pelanggan dari rumah, atau mengurus kedai runcit warisan keluarga.
“Dan kami juga adalah peniaga wanita sendiri, menjana pendapatan sambil menjaga anak kecil, bergelut antara kos bahan mentah yang naik dan pelanggan yang semakin berjimat,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.
Sementara itu, Zailah berkata, SST bukan sekadar angka, sebaliknya menyentuh harga barang dapur; untung rugi perniagaan kecil, emosi dan keluh-kesah wanita yang menjadi penjaga kelangsungan hidup isi rumah.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya suara rakyat khususnya wanita dan golongan berpendapatan rendah, tidak dipandang sepi dalam proses membuat dasar.
Tambahnya, rakyat tidak menolak keperluan negara untuk stabil daripada segi kewangan, namun langkah itu seharusnya dilakukan penuh hikmah dan belas ihsan kepada golongan marhaen yang sedang memikul beban kehidupan saban hari.
“Kami berdoa agar kerajaan lebih telus, lebih prihatin, dan lebih bersedia untuk mendengar denyut nadi rakyat,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menggesa supaya bantuan bersasar, subsidi berskala kecil dan sokongan kepada peniaga mikro diteruskan dan diperkukuhkan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment