KUANTAN – Polis telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan seorang peniaga mendakwa dicederakan individu yang dikatakan kerabat diraja Pahang di sebuah pusat hiburan di sini dalam kejadian awal bulan lepas.
Menurut Ketua polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, ia sudah dihantar kepada pihak Peguam Negara (AG) minggu lepas untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, kes dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
“Kita juga telah merakam keterangan 13 individu berhubung kes ini. Selain daripada itu, pengecaman juga sudah dilakukan oleh mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 30 tahun itu pada 5 Jun lepas.
Beliau dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kelab malam di sini pada awal pagi 8 Mei lalu dipercayai berpunca apabila mangsa dikatakan melanggar suspek sebanyak dua kali di lokasi tersebut. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment