NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedia bantu peniaga vape mulakan perniagaan baharu




KUALA TERENGGANU: 
Kerajaan negeri sedia membantu peniaga vape yang terjejas susulan pengharaman penjualan produk itu menerusi Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) bagi memulakan perniagaan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, pihaknya yakin peniaga terlibat masih mempunyai peluang untuk menceburi bidang lain dengan sokongan pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan negeri.

“Apa yang kami lakukan ialah turun ke daerah-daerah terbabit. Kami mengharapkan ada wakil daripada mereka yang hadir, namun sebenarnya jumlah mereka tidak begitu ramai.

“Jadi, kita yakin mereka akan dapat meneruskan pekerjaan atau perniagaan lain. Bagaimanapun, kita akan menilai semula sekiranya ada keperluan untuk memanggil mereka kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran Halal Negeri Terengganu 2025 dan Penyerahan Cek TUGAS Kali kedua pada 2025 bertempat di Dewan Serbaguna YPU Terengganu, di sini, semalam.

Menurut beliau, skim TUGAS yang diperkenalkan kerajaan negeri menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 tanpa faedah bagi membantu usahawan memulakan atau mengembangkan perniagaan.

“Tiada masalah untuk mereka memohon TUGAS sekiranya mempunyai asas dalam bidang perniagaan. Kita sebenarnya tidak kisah, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mengharamkan sepenuhnya penjualan produk vape mulai 1 Ogos ini.

Langkah itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah sebagai manifestasi kecaknaan kerajaan terhadap kesihatan rakyat dan kelangsungan generasi muda negeri ini. – RAKAHDAILY 9/7/2025








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo