NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi, Isham saling berbalah di media sosial



KUALA LUMPUR – Nampaknya ‘perbalahan’ Datuk Seri Rafizi Ramli dan Isham Jalil semakin berpanjangan.

Masing-masing saling bertelagah di media sosial dan menuduh sesama sendiri sudah ‘koyak’.

Menurut Rafizi, Isham memang sakit hati dengannya.

“Kerjanya buat content hentam saya. Ejek nama saya dan macam-macam lagi. Bangga dia tua-tua masih macam budak-budak ejek nama orang.

“Saya tak ambik hati sebab kalau saya jadi dia pun, memang saya berbulu dengan Rafizi ini,” katanya ,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam kenyataan dan video hari ini.

Secara sinikal, bekas Menteri Ekonomi itu membayangkan dirinya menjadi Isham.

“Bayangkan kalau kita jadi Isham Jalil. Masa sekolah kalah pertandingan debat dengan dia. Lepas itu, dia kecoh satu negara pasal skandal 1MDB sampai saya hilang kerusi empuk saya sebagai pegawai khas Perdana Menteri.

“Dah la tak jadi pegawai khas PM, kena tendang dari group WhatsApp pulak lepas itu. Punyalah bengang sampai nak saman sebab kena tendang dari group WhatsApp.

“Kemudian nak bertanding kerusi Parlimen, si Rafizi ini buat hal lagi. Susah payah nak dapat kerusi Parlimen dari UMNO, mula sudah yakin boleh menang sebab PH kalah teruk dalam PRN Melaka dan Johor.

“Tak pasal-pasal PH bernafas balik, kalah teruk Isham Jalil di Shah Alam.

“Jadi saya fahamlah kalau dia jaki dengan saya. Tapi janganlah sampai buat lawak kata saya takut bertanding PRU-16 sebab setiap kali saya bertanding, saya menang besar,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dia bukan jenis hati tisu kena tendang group WhatsApp pun sampai mahu saman.

Sementara itu, Isham pula menganggap Rafizi koyak dengan sindirannya sebelum ini.

Menurutnya, kenyataan tidak mahu jadi calon PRU-16 itu memang kenyataan Rafizi sebelum ini yang ‘merengek’ tidak mahu bertanding.

Beliau juga menganggap kenyataan Rafizi tentang isu dirinya kena tendang dari grup WhatApss seakan-akan bekas Timbalan Presiden PKR itu seperti tiada modal.

Menurut bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak itu, Rafizi ‘meraung-raung’ mengenai isu kehakiman seolah-olah terpaling peguam sekarang.

“Geng kau sorang-sorang cabut bila PM balik. Hari ini kau koyak dengan aku,” kata Isham.

Beliau secara sinis menasihati Rafizi menguruskan soal politik daripada tidak ada modal mahu mengkritiknya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo