KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti dan seorang Perdana Menteri Interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab khususnya di bawah Perkara 122B.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia akan menghilangkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim dan persepsi umum yang mengaitkan Perdana Menteri terlibat menentukan hakim-hakim yang akan membicarakan kes beliau.
Ia juga demi menjaga integriti, kebebasan dan kemuliaan institusi kehakiman negara.
Terdahulu, dalam kenyataannya, Hamzah berkata, PN menjunjung kasih ke atas titah Istana Negara yang mahukan isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegiriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Memang jelas Perkara 122B menyebut bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
“Pun begitu, dalam keadaan Perdana Menteri hari ini mempunyai konflik kepentingan peribadi, memandangkan beliau sendiri berdepan dengan beberapa saman sivil di mahkamah adalah munasabah serta wajar untuk pelbagai pihak merasa curiga tentang wujudnya campur tangan politik dalam soal pelantikan hakim,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment