NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah: PAS kemuka calon berwibawa, galas tanggungjawab




SANDAKAN: PAS Sabah bakal mengemukakan calon kepimpinan yang berwibawa dan berpotensi bagi menggalas tanggungjawab besar.

Setiausaha PAS negeri, Sahar Abdul Majid, berkata dengan adanya persiapan lebih tersusun dan berstrategi termasuklah akan mempertaruhkan kepimpinan yang berwibawa.

“Rakyat Sabah kini mula menunjukkan minat untuk membuat perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, PAS akan bersama parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan soal pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang.

“Kita akan berbincang soal calon PRN17 bersama rakan komponen dalam PN dengan semangat setia kawan. Kita juga akan bergerak dalam satu pasukan bagi membina kekuatan bersama.

“Soal calon bukan Muslim bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/7/2025







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo