NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syarat sokongam RCI, PAS buka ruang Rafizi lontarkan pandangan



BANGI, 13 MUHARRAM – Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli menyelar tindakan PAS yang hanya bersedia menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan badan kehakiman sekiranya beliau menyertai perhimpunan “Turun Anwar”. 

“Sokongan bersyarat ni maksudnya nak menunggang. 

“Bukanlah hak saya nak hukum siapa yang ikhlas atau tidak dalam mempertahankan kebebasan badan kehakiman, seperti mana PAS terus menghukum saya tidak ikhlas selagi tidak sertai perhimpunan mereka.

“Saya minta satu saja, PAS jangan ulang kesilapan semasa skandal 1MDB dahulu. Kami susah payah membuktikan penyelewengan, dia mudah saja pergi jadi auditor dan umum mereka berpuas hati,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan syarat agar Rafizi menyertai himpunan berkenaan pada 26 Julai ini jika mahu PAS menyokong usul penubuhan RCI berkaitan badan kehakiman.

Katanya, kehadiran Rafizi dalam perhimpunan itu akan memberi isyarat jelas bahawa beliau benar-benar mahu melihat isu tersebut disiasat secara bebas dan telus.

“Saya cadangkan beliau sertai himpunan kita nanti. Itu lebih baik bagi beliau nyatakan pandangannya secara terbuka,” kata Tuan Ibrahim. 

Mengulas lanjut, Rafizi memaklumkan bahawa sembilan Ahli Parlimen PKR telah menghantar surat rasmi kepada semua Ahli Parlimen, termasuk daripada pihak pembangkang, bagi mendapatkan sokongan terhadap cadangan penubuhan RCI tersebut.

“Hari ini, kami yang sembilan Ahli Parlimen PKR ni dah mula hantar surat secara rasmi kepada semua Ahli Parlimen, termasuk dari pembangkang. Dari situ, kita sama-sama lihat siapa yang bersetuju dan tidak bersetuju,” katanya. 

Mengulas dakwaan PAS yang sering melaungkan “politik matang”, Rafizi menekankan bahawa politik matang bukan bermakna kesepakatan politik, tetapi kesedaran bersama untuk bersuara terhadap isu kepentingan awam secara objektif.

“Politik matang maksudnya kita mengutarakan pandangan mengenai sesuatu isu berkepentingan awam dengan objektif. Kalau pandangan itu nampak sama, bukan bermakna kita bersama atas pentas politik kepartian.”

“Yang pembangkang, pandangan itu dilihat sebagai membangkang. Yang kerajaan, pandangan itu dilihat sebagai menegur. Dua-dua perlu main peranan,” katanya. 

Cadangan penubuhan RCI terhadap badan kehakiman itu dikemukakan selepas beberapa Ahli Parlimen PKR membangkitkan kebimbangan tentang campur tangan dalam proses pelantikan hakim-hakim kanan.

Bagaimanapun, cadangan itu turut menerima pelbagai pandangan, termasuk daripada bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan RCI sering kali menjadi ‘teater politik’ dan tidak membawa sebarang tindakan susulan, merujuk kepada kegagalan RCI Wang Kelian dan Batu Puteh sebelum ini.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo