NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Letupan gas: Rakyat berhak tahu, bukan sekadar taklimat




SHAH ALAM: 
Gesaan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar agar kerajaan negeri menerima usul tergempar bagi membahaskan insiden letupan paip gas di Putra Heights adalah berteraskan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Abdul Basith Abdul Halim berkata, pihaknya menolak dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad bahawa gesaan itu dibuat akibat kegagalan memahami prinsip asas demokrasi.

“Kejadian letupan yang mengancam keselamatan rakyat memerlukan penjelasan dan perbahasan terbuka dan segera daripada Kerajaan Negeri Selangor. Rakyat berhak tahu apakah punca sebenar, langkah mitigasi, dan tindakan susulan.

“Yang telah atau akan diambil. Tidak timbul soal cuba mempolitikkan isu bencana, sebaliknya inilah amanah yang diangkat oleh setiap wakil rakyat dan parti politik yang memperjuangkan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, usul berkenaan telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Julai lalu, namun tiada sebarang makluman awal dalam aturan mesyuarat mengenai sesi penerangan insiden tersebut oleh Menteri Besar.

“Komitmen kerajaan untuk mengadakan taklimat hanya dinyatakan pada malam 4 Julai selepas Ketua Pembangkang menghantar usul. Malah, urutan urusan mesyuarat juga berubah pada pagi 7 Julai.

“Berbeza dengan urutan mesyuarat yang diedarkan sebelum ini dengan penambahan sesi penerangan daripada Menteri Besar. Saya melihat kerja ‘last minute’ sebegini menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tiada perancangan yang jelas.

“Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan kerajan tidak begitu serius memberikan komitmen untuk membela nasib mangsa letupan Putra Heights, hanya bekerja apabila di desak,” ujarnya.

Abdul Basith turut menegaskan bahawa nyawa rakyat adalah lebih mustahak untuk dipertahankan, berbanding dengan hanya memberi penerangan dan mengulang segala apa yang telah dilaporkan.

“Tidak cukup untuk hanya menyebut letupan itu disebabkan ‘salah tanah’, tetapi apa yang lebih penting adalah perbahasan sihat untuk menyingkap disebalik tabir potensi kejadian yang menyebabkan tanah itu lemah, dan perancangan mendatang agar keselamatan jutaan rakyat terjamin.

“Kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor yang menyamakan sikap kerajaan negeri dengan ‘budak-budak sekolah’ perlu diambil secara konstruktif. Ia merupakan suatu sindiran terhadap keengganan kerajaan negeri berdepan dengan rakyat secara berani dan terbuka.

“Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan terus bersuara demi membela keselamatan dan hak rakyat. Kami tidak gentar ditekan, kerana keutamaan kami adalah kesejahteraan rakyat, bukan menjaga imej politik semata-mata,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2025








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo