NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN dakwa lantikan Ketua Audit Negara tak sah, langgar Perlembagaan



KUALA LUMPUR – Pembangkang mendakwa jawatan Ketua Audit Negara yang kini disandang Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi adalah tidak sah kerana lantikan beliau tidak selari dengan Perlembagaan.

Sehubungan itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, situasi tersebut turut menimbulkan persoalan dari segi kesahihan Laporan Audit Ketua Negara (LKAN) termasuk yang dikeluarkan Selasa lalu, yang ditandatangani oleh Wan Suraya.

Menjelaskan lebih lanjut, ujar beliau, jawatan Ketua Audit Negara sepatutnya disandang oleh individu yang sudah tidak lagi berada dalam perkhidmatan awam sama ada sudah bersara atau melepaskan jawatannya.

Ia tegas beliau, bagi memastikan Ketua Audit Negara dapat bertindak secara bebas tanpa terikat kepada mana-mana pegawai yang lebih tinggi daripada beliau dalam perkhidmatan awam.

“Tetapi Ketua Audit Negara sekarang pernah menjadi Ketua Setiausaha, pernah menjadi Ketua masih ada lima tahun lagi tempoh dalam perkhidmatan awam dan pernah menjadi Ketua Institut Integriti (IIM) dan difahamkan masih ada lagi lima tahun dalam perkhidmatan awam.

“Jadi bagaimana beliau yang sepatutnya berfungsi secara bebas daripada eksekutif mahu mengendalikan audit akaun-akaun kerajaan?” katanya dalam sidang media di bangunan  Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, tambah Takiyuddin, PN berpandangan Wan Suraya perlu sama ada meletakkan jawatannya sebagai Ketua Audit Negara atau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan awam bagi memastikan Laporan Audit Negara yang dikeluarkan pada masa depan benar-benar telus dan bebas. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo