NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Turun Anwar tak beri kesan, tunggu pilihan raya dua tahun lagi – PM



PUTRAJAYA – Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada Sabtu ini tidak akan memberi kesan besar kepada negara dan orang ramai tidak perlu berasa bimbang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sepatutnya mereka yang mendesak beliau turun daripada jawatannya ketika ini menunggu sehingga pilihan raya akan datang yang diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

“Sekarang bukan saya hendak politikkan, apa sahaja langkah atau kadang-kadang nama Islam atau pertubuhan atau parti Islam, sanggahan itu tidak langsung pertimbangkan langsung akhlak dan adab.

“Ini membimbangkan bukan soalnya pertikaian politik, itu tunggu pilihan raya lebih dua tahun lagi. (Himpunan) Turun Anwar tidak beri kesan, jangan bimbang, “ katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Polis sebelum ini menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan selain menjaga keselamatan peserta dan orang awam.

Polis, katanya, menjangkakan orang ramai mula berkumpul seawal pukul 11 pagi di empat lokasi yang sudah dikenal pasti sebelum masing-masing berarak ke Dataran Merdeka pada 2 petang.

Tiada penutupan jalan dirancang setakat ini namun ia bergantung kepada situasi semasa dan hanya akan dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, Pas pula menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar sebagai isyarat kebangkitan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mobilisasi penyokong sedang giat dijalankan melibatkan semua peringkat termasuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Sementara itu, seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional, Datuk Seri Shahidan Kassim pula meramalkan himpunan yang sama akan menjadi “ibu segala perhimpunan” di Kuala Lumpur.

Beliau meramalkan himpunan itu bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang yang cukup untuk membanjiri perkarangan stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu nanti.

Ahli Parlimen Arau itu juga mendedahkan pengumuman khas “luar biasa” oleh Anwar semalam tidak akan menggugat semangat protes terbabit. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo