NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk Kampung Sungai Baru lancar protes awam ke SUHAKAM esok



KUALA LUMPUR – Para penduduk Kampung Sungai Baru akan mengadakan satu protes awam terhadap pengambilan secara paksa tanah penempatan mereka oleh pihak kerajaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di sini esok.

Pengerusi jawatankuasa hak penduduknya, Zainab Alias berkata, pihaknya akan berarak dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ke ibu pejabat SUHAKAM, Jalan Sultan Ismail di sini selepas solat Jumaat.

“Kami telah memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tentang hasrat kami untuk mengadakan protes awam.

“Ini termasuk satu perarakan dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ke Suhakam tujuan kawalan lalu lintas dan pemantauan keselamatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Zainab juga menyeru semua pihak yang prihatin termasuk individu, organisasi, persatuan, NGO, aktivis dan parti politik untuk turut serta bersama kami dalam protes ini menentang ketidakadilan yang amat serius ini.

“Perjuangan ini bukan sahaja untuk manfaat kami tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia. Inisiatif ini adalah demi mempertahankan dan melindungi hak milik hartanah setiap individu di negara ini.

“Protes ini akan dijalankan secara aman dan selaras dengan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Zainab juga mendakwa kerajaan telah menggunakan kuasa zalim di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk merampas sebahagian tanah di Kampung Sungai Baru atas desakan pemaju pada 2021.

“Pengambilan secara paksa ini telah dilakukan ke atas tanah milik penduduk yang tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan oleh pemaju.

“Pihak kerajaan telah mengabaikan proses rundingan yang sepatutnya dijalankan dengan penduduk dan sebaliknya menggunakan kaedah pengambilan paksa yang menafikan hak pemilik tanah.

“Tiada orang yang waras akan mengatakan bahawa tindakan ini adalah adil atau saksama. Di Malaysia, tiada sesiapa pun sepatutnya dirampas tanah mereka secara paksa melalui undang-undang yang tidak adil,” ujarnya.

Katanya lagi, Seksyen 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960 digunakan untuk merampas tanah tersebut adalah undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan dan menindas.

“Undang-undang ini mesti dimansuhkan. Sehubungan itu, ada keperluan untuk mengkaji semula Akta Pembaharuan Bandar (Urban Renewal Act, URA) yang turut membenarkan rampasan hartanah tanpa persetujuan pemilik,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo