NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA dakwa Rakan KKM mirip pendekatan SATU universiti awam



KUALA LUMPUR – MCA mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penjelasan terperinci bagi meredakan kebimbangan rakyat susulan cadangan program Rakan KKM.

Pengerusi Biro Penerangan MCA, Chan Quin Er mendakwa, ramai mempersoalkan sama ada inisiatif ini mirip pendekatan ‘SATU’ di universiti awam, yang mana mereka yang mampu membayar lebih diberi kelebihan untuk memasuki program tertentu.

“Adakah Rakan KKM ini mengamalkan konsep yang sama? Siapa yang mampu bayar, akan diberi rawatan sedangkan yang tidak berkemampuan akan terus menunggu?

“Adakah inisiatif ini adil untuk rakyat, sedangkan kita semua tahu mereka terpaksa bergelut dalam sistem kesihatan awam sedia ada yang padat dan terbatas?, tanya Pengerusi Biro Penerangan MCA, Chan Quin Er.

Tanya beliau lagi, mengapakah dasar yang dicadangkan oleh kerajaan ini seolah-olah mendahulukan golongan maha kaya.

“Bukankah sektor kesihatan awam seharusnya berteraskan prinsip keadilan sosial, membantu golongan kurang berkemampuan dan memastikan semua rakyat mendapat akses rawatan yang sama rata?,” hujah beliau lagi.

Jelasnya, kerajaan perlu memastikan kemampuan Rakan KKM ini dalam memberi keadilan kepada pesakit biasa di hospital awam yang setiap hari terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan, berbulan-bulan untuk mendapatkan temu janji pakar dan bertahun-tahun untuk menjalani pembedahan elektif.

“Adakah KKM dapat menjamin keadilan itu?,” soal Quin Er sambil menambah, adakah ini cara kerajaan untuk mencari dana tambahan bagi menampung hutang negara yang kini mencecah RM1.3 trillion?.

Dakwanya, kerajaan begitu terdesak mencari pendapatan tambahan sehingga sanggup mengambil langkah yang boleh menambah jurang antara golongan maha kaya dan miskin.

“Di manakah nilai teras Malaysia Madani ‘Ihsan’ yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim? Ihsan menunjukkan belas kasihan dan kepedulian terhadap nasib semua pihak melalui tindakan yang memberdayakan. Di manakah ia? Adakah Menteri Kesihatan tidak memahami atau tidak bergerak seiring dengan perjuangan YAB PMX menerusi nilai-nilai Madani?,” soal beliau lagi.

Tambahnya, tanpa penjelasan yang telus dan terperinci daripada kerajaan, langkah ini akan terus ditafsir sebagai satu lagi dasar yang memihak kepada mereka yang berduit, sekaligus mencalar kepercayaan rakyat terhadap reformasi dan nilai Madani yang dijulang kerajaan hari ini. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo