NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembangkang tuntut pembangunan Ambalat, dokumen Triti Sulawesi dibahas di Parlimen



KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menuntut butir-butir mengenai pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi dibahaskan di Parlimen.

Ini kerana, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, rakyat berhak mengetahui tentang kedudukan sebenar isu tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, kedaulatan dan kepentingan Malaysia ke atas segenap inci wilayah negara, khususnya di kawasan maritim strategik di Blok Ambalat yang kaya dengan simpanan minyak serta gas asli, wajib dipertegas dan dipertahankan.

Tegas beliau, langkah membuat pembangunan bersama (joint development) secara tergesa-gesa ketika wilayah kedaulatan maritim negara dituntut negara luar boleh menjerumuskan kepentingan nasional dalam keadaan samar.

“Lebih menimbulkan persoalan, pengumuman pembangunan bersama di Ambalat ini dilihat berbeza dengan beberapa siri jawapan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) termasuk ketika isu mengenai Triti Sulawesi dan Ambalat dibangkitkan di Parlimen,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.

Pada sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka di Jakarta, minggu lalu, Anwar berkata, kedua-dua negara harus mempertimbangkan kerjasama ekonomi termasuk di kawasan sempadan maritim yang memberi manfaat kepada rakyat. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo