NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan `Turun Anwar’ tak gambar suara sebenar rakyat – Mahfuz



KUALA LUMPUR – Himpunan aman `Turun Anwar’ yang dirancang Pas pada 26 Julai ini, tidak mengambarkan suara rakyat sebenar, sebaliknya penggemblengan ahli parti yang taksub kepada pemimpin.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, himpunan itu juga adalah strategi politik untuk menggugat kestabilan negara dan menghancurkan segala usaha pemulihan ekonomi yang sedang berjalan.

Tambahnya, ia juga dirancang dengan dengan membakar emosi dan sentimen ahli serta penyokong tegar Pas dan Perikatan Nasional (PN) ketika pelabur asing kembali yakin terhadap negara dan inflasi semakin terkawal.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan politik negara tidak akan melangkah ke hadapan jika pembangkang, khususnya Pas berterusan menghasut rakyat melalui himpunan tersebut dengan menjadikan isu cukai jualan dan perkhidmatan (SST); penyasaran subsidi dan tarif elektrik sebagai modal politik jalanan.

“Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan, termasuk penyasaran subsidi dan semakan struktur cukai SST, bukan bertujuan menyusahkan rakyat tetapi menyelamatkan negara daripada terus dibebani ketirisan dan pemborosan yang diwarisi sejak dahulu.

“Kita tidak boleh terus hidup dengan subsidi pukal yang turut dinikmati oleh golongan kaya dan warga asing. Itu bukan keadilan. Itu kebocoran.


“Maka, penyesuaian dilakukan supaya bantuan hanya sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Tambah Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, pembangkang khususnya Pas sebaliknya, tiada sebarang pelan ekonomi yang realistik untuk rakyat.

Katanya, di negeri yang dikuasai parti itu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, bekalan air terus menjadi krisis manakala peluang pekerjaan pula terhad.

“Pengurusan dan pembanggunan negeri pun sebahagian di bantu oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi mereka mahu tunjuk pandai dalam hal ekonomi negara,” katanya.


Sehubungan itu, tambahnya, beliau yakin rakyat akan menolak politik jalanan yang cuba digerakkan pembangkang khususnya Pas tersebut, dan tidak akan membiarkan negara dijadikan bahan eksperimen politik sempit dan emosi tanpa fakta.

“Politik bukan sekadar jeritan di jalan raya. Politik adalah keberanian membuat keputusan yang sukar demi masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas mengumumkan akan menganjurkan himpunan aman `Turun Anwar’ pada 26 Julai ini, sebagai satu manifestasi besar rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo