NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau boleh nak mati dalam tugas – TG Abdul Hadi




MARANG
: “Kalau boleh nak mati dalam bertugas,” demikian reaksi ringkas Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa beliau akan berundur daripada jawatan Presiden parti.

Khabar angin mengenai pengunduran beliau mula tersebar menjelang pemilihan parti dalam Muktamar Tahunan PAS yang dijadual berlangsung September ini di Kedah.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), beliau berkata perkara itu bukan hanya melibatkan PAS, sebaliknya memerlukan perbincangan bersama parti komponen lain dalam gabungan tersebut.

“Dari segi PAS, kita akan berbincang dengan parti-parti lain,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 11/7/2025






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo