NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelantikan hakim jangan dicemari kepentingan politik



KUALA KRAI: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman menegaskan bahawa pelantikan hakim mahkamah atasan tidak boleh dijadikan alat untuk melindungi kepentingan politik mana-mana pihak.

Sebaliknya kata beliau, pelantikan tersebut perlu dilakukan dengan penuh integriti dan tanggungjawab bagi menjamin kewibawaan institusi kehakiman negara.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak menggunakan pelantikan hakim sebagai alat untuk melindungi kepentingan tertentu atau menekan mana-mana individu atau kumpulan.

“Institusi kehakiman mestilah kekal bebas dan diyakini oleh rakyat tanpa prejudis,” ujarnya.

Menurut beliau, titah Yang di-Pertuan Agong yang menekankan supaya pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan tidak dipolitikkan amat tepat pada masanya.

“Semua pihak yang terbabit dalam pelantikan hakim mesti melihat titah ini sebagai amanah besar untuk memastikan institusi kehakiman kita kekal bersih dan bebas daripada sebarang unsur campur tangan,” katanya.

Abdul Latiff berkata, prinsip pengasingan kuasa perlu terus dijunjung tinggi dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

Tambah beliau, institusi kehakiman yang bebas dan adil adalah asas utama dalam memastikan keadilan ditegakkan serta menjamin kestabilan negara.

“Sokongan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan hakim mahkamah atasan membawa maksud penolakan terhadap sebarang bentuk campur tangan politik dalam institusi kehakiman negara.

“Segala bentuk tekanan politik, lobi berkepentingan atau manipulasi media yang boleh mempengaruhi proses pelantikan hakim mesti ditolak sepenuhnya.

“Sebaliknya, kita perlu mendesak ketelusan dan profesionalisme agar hanya mereka yang benar-benar layak, berintegriti tinggi dan bebas daripada kepentingan tertentu dilantik mengisi jawatan penting dalam sistem kehakiman negara,” tegas beliau.

Beliau berkata, ketelusan dan profesionalisme dalam proses pelantikan hakim adalah asas untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan serta keadilan sistem kehakiman.

Dalam pada itu, siaran media Istana Negara bertarikh 10 Julai 2025 menegaskan bahawa pelantikan hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting dan perlu ditangani secara cermat serta selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan tersebut, pelantikan hendaklah dibuat secara sah supaya perjalanan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani dengan cermat dan tidak dipolitikkan,” menurut kenyataan rasmi dari Istana Negara. – HARAKAHDAILY 11/7/2025







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo