Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata secara dasarnya, PN menghargai pendirian Rafizi dalam isu berkaitan kehakiman negara yang sebahagian besarnya selari dengan pendirian PN selama ini.
Katanya, itu termasuk isu berhubung peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) serta kuasa eksklusif Perdana Menteri dalam pelantikan hakim-hakim mahkamah tertinggi.
“Walau bagaimanapun dalam hal cadangan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan kemelut badan kehakiman ini, MP-PN mempunyai pandangan yang berbeza.
“(Ia) atas alasan ianya bukanlah suatu mekanisma yang mencukupi dan berkesan memandangkan ia masih berada di bawah kawalan dan budi bicara penuh Perdana Menteri yang bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Setiausaha Agung PAS itu berkata, pendirian itu selaras dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan beliau tidak yakin Perdana Menteri akan membenarkan penubuhan RCI bagi menyiasat dirinya sendiri.
“Selain keputusan mengenai perkara itu perlu dibuat oleh Kabinet yang turut dipengerusikan Perdana Menteri MP-PN tidak dapat menyatakan sokongan kepada cadangan dan gesaan Rafizi dalam hal tersebut,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan PN akan meneliti apa-apa perkara berkaitan yang mungkin dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan itu pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 21 Julai ini. – HARAKAHDAILY 11/7/2025
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment