NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan terus bersedih, Wanita UMNO Terengganu perlu mulakan gerak kerja – Noraini



KUALA BERANG – Wanita UMNO Terengganu digesa memulakan gerak kerja dari sekarang bagi menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan ahli sayap parti itu tidak seharusnya terus bersedih dengan kekalahan menyeluruh UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15, sebaliknya perlu bangkit dan kembali memperkukuh sokongan rakyat terhadap parti.

“Kita perlu kembali dan berusaha menjadi parti yang dominan pada PRU akan datang. Ketepikan perbezaan pendapat (dan) bekerja kuat dari sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat.

Noraini yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata semua sayap parti juga perlu ‘mengharmonikan’ peranan masing-masing bagi memastikan rakyat di pelbagai peringkat disantuni dengan baik.

“Kita perlu jaga erat rakyat. Pemuda dan Puteri boleh teruskan dengan strategi kempen di media sosial manakala bagi Wanita, teruskan gerak kerja dengan berjumpa rakyat dari rumah ke rumah,” katanya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo