BANGI, 12 MUHARRAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan sidang media yang diadakan oleh Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli semalam sebagai tidak lengkap dan bersifat separuh masak.
Menurut Puad, isu yang dibangkitkan oleh Rafizi memang penting, namun cara penyampaian dan susunan fakta dalam sidang media tersebut kurang tepat dan tidak mendahulukan perkara yang sepatutnya.
“Jika matlamat sidang media Rafizi hanya untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia dianggap berjaya.
“Malah, Rafizi dapat membuktikan beliau masih mempunyai sokongan daripada sembilan ahli Parlimen PKR yang berdiri teguh di belakangnya,” katanya.
Puad mengingatkan bahawa pada 11 Januari 2023, Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice In the Wilderness.
Buku tersebut mendedahkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tommy Thomas dalam perlantikan Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara.
“Rafizi, yang juga anggota Kabinet ketika itu, sepatutnya melihat isu Jawatankuasa Perkhidmatan Kehakiman (JAC) yang bermula sejak era Pakatan Harapan 1.0 berkuasa,” katanya.
Puad berkata, pelantikan Tengku Maimun menjadi kontroversi kerana pendedahan dalam memoir Tommy Thomas, justeru baginya, sidang media Rafizi dilihat tidak lengkap dan lebih kepada satu ‘show off’.
Dalam sidang media semalam, Rafizi membangkitkan isu pelantikan Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara yang dikatakan bermasalah dan kontroversi sejak pendedahan dalam memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Rafizi menuntut supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pelantikan tersebut dan proses JAC secara menyeluruh demi memastikan ketelusan dan integriti dalam sistem kehakiman negara.
Selain itu, beliau turut mengumumkan kempen kutipan tandatangan dan jelajah roadshow bagi mengumpul sokongan rakyat dalam isu ini.
Puad memberi amaran bahawa sekiranya kempen kutipan tandatangan dan roadshow yang dirancang Rafizi berjaya, ia akan menimbulkan tekanan besar kepada Perdana Menteri.
“Rafizi akan kata, ‘kamu rugi buang aku’,” sindirnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment