Setiausaha Sahar Abdul Majid, berkata namun pencalonan itu bergantung keperluan dan lokasi kerusi bakal ditandingi mewakili Perikatan Nasional (PN).
Katanya, keterbukaan itu sejajar dengan konsep ‘PAS For All’ yang diamalkan sejak sekian lama, dan bukan sesuatu baharu memandangkan parti pernah meletakkan calon bukan Islam pada PRU14.
“Kita ada penggerak Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah dalam kalangan masyarakat Dusun dan Cina, di mana jumlah keahliannya kini melebihi 1,000.
“Pada 2018, PAS pernah meletakkan calon bukan Islam. Ini menunjukkan DHPP Sabah memainkan peranan penting dalam menarik sokongan masyarakat bukan Islam,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, PAS negeri yakin mampu mencipta kejutan pada PRN itu dengan persiapan lebih tersusun dan berstrategi, termasuk mempertaruhkan calon berwibawa.
“Rakyat Sabah kini menunjukkan minat untuk membuat perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik,” katanya.
Mengulas mengenai kerusi bakal ditandingi, Sahar memaklumkan keputusan muktamad akan dibuat bersama komponen PN.
Sebelum ini, PAS mengesahkan akan bertanding sekurang-kurangnya enam daripada 73 kerusi DUN Sabah.
Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan, antara enam Adun dilantik kerajaan negeri selepas PRN 2020. Untuk rekod, PAS tidak bertanding pada PRN 2020.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment