NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gunakan nama saya, bukan sekadar ‘Anak Zahid’ – Nurulhidayah



KUALA LUMPUR – Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegur kecenderungan sesetengah media yang lebih gemar menggunakan gelaran ‘Anak Zahid’ dalam tajuk atau laporan berita melibatkan beliau berbanding menyebut namanya.

Nurulhidayah berkata, beliau kurang senang terhadap amalan tersebut yang dianggap menghakis identiti peribadinya sebagai seorang individu yang berdikari.

“Saya sedar siapa Abah saya, dan saya bangga menjadi anak kepada Ahmad Zahid bin Hamidi. Namun pada masa ysama, saya juga seorang individu yang punya pendapat, prinsip dan identiti sendiri,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. 

Beliau berkata, setiap insan wajar dikenali dan dihormati atas nama serta usaha mereka sendiri tanpa perlu disandarkan sepenuhnya kepada identiti ahli keluarga, apatah lagi jika ia menenggelamkan peranan sebenar seseorang dalam masyarakat.

“Apabila media terus-menerus menggugurkan nama saya sendiri dan menggantikannya hanya dengan label ‘anak Zahid’, ia secara tidak langsung menghilangkan pengiktirafan terhadap kerjaya, pandangan dan sumbangan saya sebagai individu,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, media mempunyai tanggungjawab profesional untuk melaporkan secara tepat dan adil, selari dengan etika kewartawanan yang menghormati identiti setiap orang, tidak kira siapa latar belakang keluarganya.

“Saya tidak pernah minta untuk dipandang tinggi. Cuma gunakanlah nama saya, Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagaimana media menyebut individu lain dalam liputan berkaitan politik, sosial atau kerja masyarakat,” tambah beliau. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo