NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN-PH kunci kerjasama hadapi PRN Sabah



KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (Bn) dan Pakatan Harapan (PH) telah ‘mengunci’ keputusan untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah dimuktamadkan dan membuktikan bahawa kedua-dua gabungan parti politik akan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Kita (BN) telah memuktamadkan perkongsian kolaborasi kita dengan PH, ertinya Barisan Nasional dan PH itu telah dikunci sebagai rakan kongsi di Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara BN dan PH dalam menghadapi PRN Sabah. 

Ahmad Zahid berkata demikian selepas  meninjauan persiapan Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini. 

Semalam, Setiausaha PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh mengesahkan proses rundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Sabah sudah diselesaikan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dibuat antara BN-PH meskipun gabungan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menjalin kesepakatan bersama.

“Walaupun PH dan GRS adalah satu kesepakatan bersama antara mereka yang telah juga dimuktamadkan dan tentunya kita akan terus membuka pintu kerjasama BN-PH dengan parti-parti ataupun gabungan-gabungan lain untuk negeri Sabah dan kita lakukan kemurnian di dalam PRN Sabah,” katanya. 

Semalam, GRS turut mengesahkan akan membentuk pakatan bersama PH bagi menghadapi PRN Sabah ke-17.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam kalangan parti komponen GRS dengan kata sepakat dicapai untuk membentuk pakatan pilihan raya bersama PH.

Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, langkah berkenaan mencerminkan kerjasama berterusan antara GRS dan PH dalam pentadbiran negeri ketika ini.

DUN Sabah bagi penggal ke-16 akan terbubar sendiri pada akhir Oktober depan kerana genap tempoh lima tahun.

Jika DUN terbubar sendiri pada akhir Oktober depan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa sehingga akhir Disember ini untuk mengadakan PRN Sabah ke-17. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Political cooperation, like the one between BN and PH in the Sabah state election, reminds me of how strategic partnerships are also key in real estate development especially when it comes to high-demand areas like Flats in Noida Expressway. Smart collaboration always paves the way for progress

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo