NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Fadhli tidak berhasrat minta maaf, serah kepada polis



SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik satu karikatur yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak.

“Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today (FMT) pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Ahmad Fadhli membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan serta hantaran yang didakwa memperlekeh usaha gencatan senjata antara kedua-dua negara tersebut.

Muhammad Kamil menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai tidak beradab dan memalukan negara, ketika peranan Malaysia khususnya Anwar Ibrahim yang diiktiraf dunia sebagai arkitek keamanan serantau.

Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan turut senada dan menganggap hantaran tersebut sebagai keterlaluan serta mendesak Ahmad Fadhli agar memohon maaf kepada Anwar.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh pula mengecam hantaran itu dengan menegaskan bahawa Islam tidak mengajar umatnya menghina orang lain, sambil menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli sebagai tidak matang.

Hantaran yang dimuat naik oleh Ahmad Fadhli di media sosial sebelum ini memaparkan satu karikatur tiga watak haiwan, kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang, sementara seekor monyet bertindak sebagai 'hakim'.

Hantaran tersebut turut disertakan kapsyen: “Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang.”

Walau bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadam selepas menerima kritikan ramai.

Susulan itu, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap beliau.

Pada Isnin lalu, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.

Persetujuan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar Ibrahim selaku hos, Pengerusi ASEAN, serta saksi kepada rundingan bersejarah itu.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo