NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abang Iskandar tinggalkan legasi kehakiman selepas 42 tahun berkhidmat



PUTRAJAYA – Suasana di Istana Kehakiman, di sini, hari ini diselubungi rasa syukur dan penghargaan apabila Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menamatkan secara rasmi tugasnya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia yang ke-12, detik bersejarah buat Sarawak dan badan kehakiman negara.

Abang Iskandar bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-66 esok iaitu umur persaraan wajib bagi hakim itu mengakhiri lebih empat dekad perjalanan kerjayanya dengan cabaran dan pengalaman berharga buat diri dan negara. 

Beliau merupakan anak jati Sibu, Sarawak pertama menjawat jawatan kedua tertinggi dalam hierarki kehakiman negara.

Petang tadi, pejabatnya dipenuhi pegawai dan kakitangan kehakiman yang hadir untuk mengucapkan selamat bersara kepada beliau. 

Bagi pengmal media yang sering membuat liputan mahkamah turut diberikan ruang untuk bertemu dan mengabadikan detik-detik akhir Abang Iskandar di pejabatnya.

Beberapa peguam yang mengendalikan kes di hadapan Abang Iskandar turut mengucapkan selamat bersara selepas beliau menyampaikan antara keputusan terakhirnya pagi tadi.

Abang Iskandar memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan sejak lebih 42 tahun lalu selepas tamat pengajian undang-undang dari Universiti Malaya. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen dan Pengerusi Tribunal Pembangunan Koperasi.

Malah kepakaran beliau turut digunakan dalam agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kemuncak kerjaya kehakimannya bermula apabila dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada Mac 2007, sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi (2009), Hakim Mahkamah Rayuan (2013), dan Hakim Mahkamah Persekutuan (2018).

Beliau kemudian dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak pada Februari 2020 sebelum menjawat jawatan Presiden Mahkamah Rayuan pada Januari 2023.

Abang Iskandar juga sering diamanahkan memikul tugas sementara dalam posisi tertinggi, termasuk memangku jawatan Presiden Mahkamah Rayuan pada akhir 2022 dan Hakim Besar Malaya sepanjang Mac hingga November 2024.

Dengan pengunduran rasmi ini, Abang Iskandar bukan sekadar meninggalkan pejabatnya di Putrajaya, tetapi juga meninggalkan legasi cemerlang dalam sejarah kehakiman Malaysia yang mana seorang anak Sarawak membuktikan bahawa prinsip, pengalaman dan ketekunan mampu membawa seseorang ke puncak sistem keadilan negara. -MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo