NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita UMNO Kluang desak kerajaan laksana titah adendum Najib



KLUANG – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kluang mendesak kerajaan melaksanakan titah adendum yang disahkan kesahihannya oleh Istana Negeri Pahang pada 5 Januari lalu.

Desakan tersebut disuarakan dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kluang di sini hari ini.

Ketuanya, Zainani Jamaluddin berkata, melalui titah itu, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.

“Pelaksanaan hukuman tahanan di rumah itu sebagai refleksi komitmen terhadap keadilan, integriti sistem perundangan negara serta menjunjung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

“Selain desakan itu, Wanita UMNO Kluang juga ingin menggesa kerajaan membenteras diskriminasi dan stereotaip dengan meletakkan lebih ramai wanita sebagai orang yang boleh membuat dasar,” katanya.

Zainani mengulas usul dibawakan dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kluang di Dewan Raya Kampung Melayu di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.

Mesyuarat yang sama juga mencadangkan seorang wakil wanita bagi setiap kawasan Parlimen samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Langkah itu, katanya, secara tidak langsung dapat menghapuskan budaya patriarki dan diskriminasi gender dalam pentadbiran serta masyarakat.

Selain itu Pwergerakan Wanita UMNO Kluang mencadangkan kepimpinan tertinggi untuk menubuhkan Sekretariat Wanita Muda sebagai wadah rasmi pelapis kepimpinan di setiap bahagian UMNO.

Tujuan penubuhan itu jelasnya, sebagai usaha melatih dan menyediakan pimpinan wanita muda bagi mendepani cabaran politik semasa dengan memperkasakan mereka kemahiran diperlukan. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo