JOHOR BAHRU – Sembilan kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu kekal milik gabungan itu sekiranya tidak berhasrat untuk bertanding secara solo pada PRU-16.
Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kerusi itu tidak seharusnya dijadikan taruhan dalam rundingan jika mahu bekerjasama dengan gabungan politik lain.
Ketua Bahagian UMNO Tebrau itu berkata, ketegasan itu perlu bagi meletakkan BN di landasan yang tepat untuk kembali menjadi parti yang dominan di peringkat Pusat mahupun negeri.
“BN perlu kembali menjadi parti yang dominan. Sejak 2018, walaupun kerajaan silih berganti dalam tempoh tujuh tahun ini namun masih tidak dapat elak daripada sentuhan kepimpinan UMNO dan BN.
“Kita juga perlu belajar daripada pengalaman lalu, kerajaan tanpa parti yang dominan juga boleh meletakkan masa depan bangsa dan agama di hujung tanduk,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau 2025 di Dewan Muafakat Johor Bahru di Taman Adda Height di sini hari ini.
Mesyuarat tersebut dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Abdul Halim berkata, Johor yang ditabdir BN setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih dua pertiga seharusnya dijadikan contoh apabila berjaya memajukan ekonomi negeri dengan baik.
“Lihatlah Johor pada hari ini, ini adalah bukti dominasi sebuah parti yang berwibawa oleh pemimpin yang berkredibiliti, ia dapat memakmurkan rakyat dan mensejahterakan ekonomi negeri dengan baik.
“Dengan kredibiliti dan kepimpinan yang kompetensi, kita dapat melaksanakan yang terbaik demi kepentingan rakyat,” ujarnya.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment