KUALA LUMPUR – Perluasan SST bukti kerajaan tiada empati kepada nasib rakyat serta bukti jelas betapa Kerajaan Madani hari ini tandus idea untuk mencipta sumber kekayaan baharu bagi membesarkan kek ekonomi negara.
Sebaliknya mereka hanya bergantung kepada penguatkuasan cukai dan pengurangan subsidi yang menjerut rakyat, dakwa Ketua Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
“Perluasan cukai SST ini dibuat ketika sudah banyak subsidi dipotong ketika rasionalisasi RON95 bakal dilaksanakan ketika tarif elektrik akan dinaikkan, ketika Bank Dunia baru sahaja mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia untuk 2025 jatuh kepada 3.9% dan ketika rakyat sudah sedia terbeban dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.
“Ketika impati yang diharapkan, kerajaan memilih untuk menambah beban walaupun rakyat sedang lemas,” katanya dalam kenyataan.
Dulu, kata Ronald, Perdana Menteri kata hanya barangan mewah dikenakan perluasan SST. Kononnya rakyat biasa tak terkesan.
PMX bagi contoh salmon dan avocado tapi hari ini pisang, epal, oren, mangga pun dikenakan SST.
“Perkhidmatan jagaan warga emas dikenakan cukai. Ibu-ibu yang hendak bersalin pun dikenakan SST. Sewa, pakej perkahwinan dan perkhidmatan kesihatan tidak terkecuali.
Siapa yang makan buah-buahan ini? Maha kaya atau rakyat biasa? Siapa yang perlukan jagaan warga emas dan rawatan bersalin ini? Maha kaya atau rakyat biasa?
“Rupanya, semua ini bukan lagi keperluan rakyat tetapi kini dianggap ‘nilai kemewahan’ oleh kerajaan Madani yang wajib diSSTkan,” katanya.
Realitinya, perluasan SST akan menekan semua lapisan rakyat, dari pasangan muda yang nak berkahwin, ibu bersalin, warga emas dan yang paling terkesan tentulah golongan B40 kerana Malaysia bergantung kepada import makanan bernilai RM75.6 bilion setahun – yang mana setiap kenaikan cukai akan diterjemahkan kepada kenaikan harga makanan, katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment