NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA bimbang buah epal, oren, limau lebih mahal mulai 1 Julai



KUALA LUMPUR – Buah-buahan seperti epal, oren dan limau dijangka menjadi lebih mahal susulan keputusan kerajaan memperluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai 2025.

Kenaikan harga ini amat membimbangkan kerana bagi golongan B40 dan M40, buah-buahan ini bukanlah barang mewah, tetapi sumber nutrisi harian yang penting.

Setiausaha Bahagian MCA Bagan, Chan Woon Jin berkata, walaupun langkah kerajaan ini mungkin bertujuan meningkatkan hasil negara, namun pelaksanaannya dilihat kurang telus, tidak adil dan tidak disesuaikan dengan keadaan semasa.

“Mengenakan cukai ke atas barangan sebegini hanya menambahkan beban hidup rakyat yang telah sedia tertekan akibat inflasi dan pendapatan yang tidak meningkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, beliau menyeru pihak kerajaan untuk mengkaji semula dasar ini dan meminta sebarang reformasi cukai mesti berpaksikan rakyat, telus, dan perlu jelas membezakan antara keperluan asas dan barangan mewah.

Jelasnya, rakyat tidak seharusnya dipaksa menanggung akibat daripada kegagalan pengurusan fiskal negara.

Woon Jin menambah, berbeza dengan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sebelum ini kerana ia lebih seimbang serta menyediakan kredit cukai input (ITC) bagi membantu menghapuskan kesan melata.

Sedangkan SST baharu ini menyebabkan pertindihan cukai dan akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat selaku pengguna. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo