KUALA LUMPUR – Penghadang jalan yang digunakan termasuk di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) mematuhi piawaian antarabangsa seperti yang digunakan di negara-negara maju.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemilihan jenis penghadang telah dibuat berdasarkan keadaan serta kemampuan kewangan semasa kementerian.
“Penghadang itu memang kita gunakan yang digunakan di negara maju di seluruh dunia ni. Kita gunakan standard yang sama, kita tak guna standard yang kurang.
“Jadi, saya berharap kita faham bahawa di peringkat KKR dan JKR, kita telah menggunakan teknologi yang terkini semampunya dalam membina dan menjalankan jalan raya kita,” katanya dalam satu sidang media kelmarin.
Bagaimanapun, beliau mengakui memang terdapat produk penghadang yang lebih canggih dan selamat namun kos yang tinggi menjadi faktor kekangan.
“Tidak dinafikan memang ada bahan lain tetapi semasa membuat pilihan, kita perlu nilai keadaan semasa.
“Produk lain itu ada yang lebih canggih, saya akui tapi harga dia, kos dia lebih tinggi dan kalau kita gunakan semua dari bahan itu, mungkin kita tak mampu nak buat penghadang itu dalam kilometer yang lebih panjang.
“Kalau kita tak ada penghadang, lagi dahsyat lah. Kalau dalam selekoh tu tak ada penghadang, kalau terbabas mungkin ke gaung, mungkin lebih dahsyatlah,” tambahnya.
Pihaknya juga pernah membuat kajian penggunaan bahan glow in the dark untuk digunakan sepanjang garisan jalan tetapi kos pelaksanaannya adalah terlalu tinggi.
“Jika ia terlalu mahal, kita tidak mampu untuk membuat sepanjang jalan dan nanti akan ada garisan yang nampak tu sekejap sahaja.
“Sebagai alternatif lain, kami telah menggunakan jenis yang yang telah dikaji di makmal kita dan apabila berpuas hati setelah diuji baru kita akan menggunakannya,” ujarnya.
Alexander Nanta turut menyambut baik cadangan untuk membina laluan alternatif dari Kelantan ke Perak namun pelaksanannya perlu bergantung kepada keadaan kewangan semasa kementerian.
“Kami menerima baik cadangan itu yang sepatutnya sudah lama diambil kira. Tapi mungkin dari segi kemampuan kita, mungkin belum sampai ke situ.
“Tapi dalam keadaan sekarang, sudah jelas lah tiba masanya boleh dipertimbangkan lagi,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment