NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan kes Yusoff Rawther bukti mahkamah benteng keadilan rakyat – Peguam



KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther sama ada diperintah membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan membuktikan institusi tersebut benteng keadilan untuk rakyat. 

Peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan yang paling penting pada hari ini  apabila Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menyatakan pendakwaan terhadap anak guamnya tidak kukuh maka tidak selamat untuk memanggilnya membela diri.

“Hari ini telah membuktikan bahawa keterangan-keterangan yang dibawa pihak pendakwaan langsung tidak mencukupi untuk memanggil Yusoff Rawther membela diri.

“Kita ucapkan terima kasih bukan sahaja kepada pihak hakim yang membuat keputusan, memberi ruang yang secukupnya kepada semua pubak pembelaan termasuk pendakwaan,” katanya ketika sidang media di lobi Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Susulan perkembangan terbaharu ini, Rafique menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi penjelasan status siasatan laporan polis yang dibuat Muhammed Yusoff pada 12 September tahun lalu sebelum diheret ke mahkamah.

“Persoalan di sini, saya lontarkan kepada Ketua Polis Negara (IGP), di mana siasatan tersebut sekarang dan apa status siasatan tersebut.

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador telah dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Kalau tidak, kepada Tan Sri IGP, beri jawapan bertulis kepada rakyat Malaysia,” tambahnya. 

Terdahulu Rafique menjelaskan, Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan terlalu banyak kemungkinan terutamanya akses orang lain kepada kereta Yusoff Rawther pada waktu kejadian.

Selain itu, katanya, mahkamah juga telah buat keputusan setakat ini, pihak pendakwaan gagal membuktikan jangka waktu sembilan jam  antara 10.30 malam hingga 7.30 pagi semasa polis lakukan intipan dan serbuan.

“Pihak pegawai penyiasat juga gagal menyiasat dengan jelas penama-penama yang telah diberikan Yusoff Rawther dalam keterangannya termasuk nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri),” ujarnya.

Sebagai rekod, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret pada 12 September tahun lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram di dalam kenderaan yang dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada pukul 10.15 pagi, 6 September 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pada waktu itu, beliau turut berdepan satu lagi pertuduhan berasingan kerana memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara pada pukul 9.25 pagi, hari yang sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali.-MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo